ARTIKEL

Tujuh didakwa rogol berkumpulan remaja 15 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua beradik antara tujuh lelaki dari Kampung Belungei, Lundu didakwa melakukan rogol berkumpulan terhadap mangsa berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin dan diarah mendepositkan RM2,000 tunai setiap seorang semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga mengarahkan ketujuh-tujuh suspek yang berusia 25 dan 29 tahun termasuk lima remaja berusia antara 18 dan 19 tahun dibebaskan dengan jaminan.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kes mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.

Jason Juga mengarahkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan penjamin beralamat dan bekerja tetap dan perlu melaporkan diri masing-masing di Balai Polis Lundu setiap bulan serta arahan sekatan supaya tidak mendekati mangsa.

Semua tertuduh didakwa bersama melakukan rogol terhadap mangsa berusia 15 tahun pada jam 9 malam di Pantai Pandan, Lundu pada 7 Julai lalu.

Timbalan Pendakwaraya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan hadir bagi pihak pendakwaan sementara kesemua tertuduh diwaklili peguambela Hani Iryani.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat