Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Tujuh jawatankuasa BDDA ditubuhkan, licinkan pengurusan projek

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
MAJU BETONG... Douglas Uggah dan Penasihat Sains Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang bergambar kenangan bersama-sama wakil agensi yang menjayakan makmal strategi pembangunan BDDA 2030 di Kuching, hari ini.

KUCHING: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) menubuhkan jawatankuasa kerja bagi melicinkan pengurusan projek agar dapat disiapkan mengikut jadual.

Pengerusinya yang juga Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, ia melibatkan tujuh jawatankuasa kerja yang diketuai oleh setiap Adun dalam bahagian Betong.

Katanya, Adun Layar Datuk Gerald Rentap Jabu bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, diikuti Adun Saribas Mohammad Razi Sitam menjaga pembangunan sosial, selain Adun Krian Friday Belik mengemudi Jawatankuasa Pembangunan Pertanian.

“Adun Beting Maro Razaili Gapor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian dan Komersial, manakala Adun Kalaka Mohamad Duri mengetuai Jawatankuasa Utiliti dan Telekomunikasi, di samping Adun Kabong Mohd Chee Kadir menjaga pelancongan dan alam sekitar.

“Satu-satunya Adun wanita iaitu Adun Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor diberi amanah menjaga Jawatankuasa Wanita.

“Kesemua jawatankuasa ini untuk memudah, sekali gus memastikan semua projek di bawah BDDA dapat disiapkan mengikut jadual,” semasa menangguhkan makmal strategi pembangunan BDDA 2030 di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Menyentuh peranan jawatankuasa itu, Uggah menyatakan mereka akan menyemak dan menilai semua projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan.

“Ini bagi memastikan tiada pertindihan projek di bawah BDDA dengan projek daripada jabatan dan agensi kerajaan lain, seterusnya memantau dengan teliti kemajuan pelaksanaannya.

“Saya melihat proses pemantauan amat kritikal kerana terdapat banyak projek yang sedang dilaksanakan sekarang,” tambahnya.

 

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News