ARTIKEL

Tujuh kompaun dikeluarkan dalam Ops Bazar Ramadan Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sebanyak tujuh notis kompaun dikeluarkan Pejabat Kesihatan Sarikei terhadap peniaga bazar Ramadan sepanjang operasi minggu lalu yang membabitkan nilai kompaun berjumlah RM700.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr Johny Kelak berkata, kesalahan yang dilakukan ialah peniaga tidak mengenakan pakaian pengendali makanan yang lengkap, memakai perhiasan diri dan gagal menghadiri latihan pengendali makanan.

Menurutnya, kompaun boleh dijelaskan di Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei atau mana-mana Pejabat Kesihatan di seluruh Malaysia.

“Langkah tegas itu berpandukan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bertujuan memastikan semua peniaga di Bazar Ramadan mengamalkan aspek kebersihan dan keselamatan makanan. 

“Pada masa yang sama, ia juga memastikan makanan yang disedia atau dijual selamat di samping mematuhi Akta Makanan 1983 dan juga peraturan-peraturan makanan di bawahnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Johny berkata, semua kompaun itu adalah hasil pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas sebanyak 93 buah gerai di tapak Bazar Ramadan Pasar Central Sarikei.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat khususnya peniaga supaya mengamalkan konsep amalan 3M iaitu mengamal , memilih dan melaksana pelbagai aspek berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Selain itu ujarnya, mereka juga harus  memastikan pilihan gerai yang bersih dan mengamalkan pengendalian yang baik dan betul.

“Pengendali makanan harus sentiasa menjaga kebersihan diri serta persekitaran gerai dan tidak menyediakan makanan yang mudah basi secara terlalu awal (menghidang makanan lebih 4 jam),” katanya.

Sementara itu, operasi disertai seramai 20 orang anggota penguatkuasa yang terdiri daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam. 

Hadir sama, Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, Abdul Taib Mohamad Shariee.

BERITA LAIN

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

100 guru berpeluang lihat prototaip ART dari dekat

KUCHING: Seratus warga pendidik berpeluang melihat secara dekat prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) dalam satu lawatan mereka di sini, baru-baru ini. Delegasi yang terdiri

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

100 guru berpeluang lihat prototaip ART dari dekat

KUCHING: Seratus warga pendidik berpeluang melihat secara dekat prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) dalam satu lawatan mereka di sini, baru-baru ini. Delegasi yang terdiri