ARTIKEL

PATI yang masuk ke Sarawak melalui lorong tikus dihantar balik ke negara asal.

Tujuh lagi PATI cuba masuk ke Sarawak diusir balik ke negara asal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cubaan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak melalui jalan tikus di Sektor Pos GABMA Biawak berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) di sini, tengah hari semalam.

Menurut kenyataan media ATM, kesemua PATI ditahan oleh pasukan ATM yang sedang menjalankan operasi di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen).

“Semasa anggota TDM dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) melaksanakan rondaan di kawasan itu, pasukan terserempak dengan tujuh PATI yang sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia,” kenyataan itu memaklumkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI berusia 21 hingga 46 tahun terbabit dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia,” sambung kenyataan itu.

Sementara itu, tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai semasa pemeriksaan dengan anggaran nilai keseluruhan barangan diperiksa berjumlah RM4,550 melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian.

Melalui semakan salinan kad pengenalan yang disimpan oleh pasukan keselamatan, kesemua PATI yang ditahan didapati pertama kali menceroboh masuk melalui sempadan negara ke Sarawak.

“Mereka telah dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa,” jelas kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual