ARTIKEL

Tujuh lelaki ditahan kes gaduh di Pekan Machan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KANOWIT: Tujuh lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Pekan Machan sepertimana ditularkan oleh netizen di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata, kes tersebut diklasifikasi sebagai rusuhan di tempat awam dan dipercayai berlaku pada 7 Ogos lalu jam 4.30 petang.

Dalam pergaduhan tersebut, jelasnya, ia melibatkan dua kumpulan dipercayai berpunca akibat daripada perselisihan faham tentang bayaran gaji yang tertunggak.

“Pergaduhan tersebut menyebabkan salah seorang daripada mereka cedera di bahagian tangan akibat dilanggar oleh kenderaan milik seorang anggota kumpulan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rentetan itu, Tega berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit telah menerima laporan polis pada 8 Ogos 2023 jam 2.45 petang oleh pengadu daripada kumpulan yang satu lagi dan kemudian kumpulan kedua menyusul membuat laporan pada jam 3.15 petang pada hari yang sama.

“Bertindak atas maklumat, lebih kurang jam 6.30 petang hari yang sama laporan dibuat, pihak polis telah mengesan dan menangkap lima orang lelaki berumur 20 hingga 45 tahun dari kumpulan pertama di sekitar bandar Sibu.

“Pada 9 Ogos 2023 (hari ini) lebih kurang jam 11 pagi, pihak polis telah menahan kumpulan kedua iaitu dua orang lelaki berumur 21 dan 57 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam pergaduhan tersebut,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, kesemua suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Tega menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengusarkan masyarakat mengenai kes ini.

Pihak polis, tegas beliau, menolak sekeras-kerasnya bahawa kes gaduh gempar ini tidak melibatkan sebarang unsur perkauman seperti yang ditularkan dalam media sosial.

“Pihak polis memberi jaminan satu siasatan yang telus, teliti dan segera akan dibuat dalam kes ini.

“Mohon supaya masyarakat sekitar Kanowit jangan mudah terpengaruh dengan berita dan spekulasi yang tidak benar seperti yang ditularkan dalam media sosial,” tegasnya.

Tega menambah bahawa kes ini telah disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam.

BERITA LAIN

Penunggang motosikal maut rempuh kenderaan polis

ALOR GAJAH, Melaka: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas dipercayai merempuh kenderaan polis yang sedang menjalankan rondaan Op Cegah

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan