ARTIKEL

Lokasi tujuh lelaki ditangkap dalam serbuan sabung ayam di Miri, baru-baru ini.

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, semua suspek berusia 26 hingga 73 tahun.

“Kesemua mereka ditahan dan pelbagai barang kes yang terlibat dirampas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999.

RAMPAS….Pelbagai barang kes dirampas dalam serbuan tersebut.

Kesemua suspek telah direman selama dua hari sehingga 26 Jun ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, beliau menyarankan masyarakat Miri tampil ke mana-mana balai polis berdekatan untuk perkongsian maklumat atau menghubungi talian 085-433730.

Tambahnya, pihak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menghargai keprihatinan masyarakat terutamanya yang melibatkan keselamatan dan persekitaran di daerah Miri.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan