HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Tujuh lelaki, seorang wanita dicekup terlibat judi dalam talian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Antara suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian.

KUCHING: Seramai tujuh orang lelaki dan seorang wanita ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata kesemua warga tempatan itu dicekup menerusi lapan Operasi Dadu pada 6 hingga 12 Februari lalu.

Antara suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Katanya operasi dijalankan oleh Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sekitar daerah ini terutama di kawasan pentadbiran Balai Polis Gita.

“Sebanyak lapan kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perjudian dalam talian yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 sehingga RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara telefon bimbit dan wang tunai yang dirampas daripada suspek yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Ahsmon menambah turut dirampas wang tunai berjumlah RM649 dan lapan unit telefon bimbit serta beberapa keping keratan kertas bertulis kata laluan dan angka.

Justeru, beliau mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam berkaitan aktiviti perjudian di Daerah Kuching dan boleh disalurkan di balai polis yang berhampiran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru