ARTIKEL

Tujuh lelaki tempatan ditangkap, kes pecah masuk gereja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Barang yang berjaya dirampas oleh pihak polis semasa kejadian pecah masuk gereja di Sungai Labas Bintangor.

SARIKEI: Tujuh lelaki tempatan pecah gereja di Sungai Labas Bintangor ditangkap pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, baru-baru ini.

Ketua Polis Meradong Deputi Superintenden (DSP) Sekam Anoi berkata, kesemua suspek dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditangkap di beberapa buah rumah panjang sekitar Batu 2 dan Batu 5 Jalan KJD Bintangor.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama dan kedua masing-masing mempunyai enam dan satu rekod jenayah lampau, manakala yang lain tiada.

“Penangkapan kesemua suspek ini telah menemui semula barang-barang hilang yang dilaporkan oleh pengadu.

“Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 KPJ untuk tindakan lanjut dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan juga denda,” katanya.

Pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan individu yang mencurigakan di kawasan sekitar kepada pihak polis IPD Meradong di talian 084-693222 dalam usaha mencegah jenayah.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit