Lokasi kejadianLUBOK ANTU: Terdapat tujuh mangsa dipercayai masih terapung dalam insiden bot karam di perairan Resort Aiman, di sini, petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawa, pihaknya menerima laporan perihal bot karam sekitar jam 6.30 petang menerusi MERS 999.
“Berdasarkan laporan awal daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), terdapat tujuh mangsa terlibat dalam insiden tersebut.
“Subjek dipercayai masih terapung di sekitar lokasi bot karam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, empat anggota diketuai PBK II Edwin Jonani dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk misi menyelamat.
Untuk makluman, jarak antara BBP Betong dan lokasi kejadian ialah 70 kilometer. Perjalanan untuk sampai ke destinasi dianggarkan mengambil masa sekitar satu jam lebih.
