ARTIKEL

Tujuh pasukan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Tertutup Saribas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Veteran Tertutup Saribas, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam 2023 bermula hari ini.

Sekali gus menyaksikan tujuh pasukan berentap memburu gelaran juara pada kejohanan yang berlangsung di Padang Riveria, Debak.

Pengerusi Kejohanan, Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, pasukan terlibat mewakili kampung serta kelab dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas.

Menurut Hanizam, saingan dijalankan selama empat hari dan perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 1 Oktober nanti.

Pasukan terlibat ialah De Laut United, Supa Veteran, Veteran YB Razi, Veteran Bungey, Permata Otai (Manggut), Permata RZR Veteran (Manggut) dan Kampung Lalang Veteran.

“Kita menjangkakan saingan sengit untuk edisi pertama ini kerana semua pasukan terlibat telah siap sedia,” tegas Hanizam kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Hanizam, kejohanan kali ini dianjur oleh Pusat Khidmat DUN Saribas dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Laser Light (KSRLL) Debak.

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan