Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Tujuh Pati cuba masuk Sarawak diusir ATM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
GAGAL..cubaan tujuh Pati memasuki Sarawak melalui jalan tikus di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Stass, Bau dipatahkan oleh pasukan keselamatan.
GAGAL..cubaan tujuh Pati memasuki Sarawak melalui jalan tikus di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Stass, Bau dipatahkan oleh pasukan keselamatan.

KUCHING: Cubaan tujuh orang pendatang asing tanpa izin (Pati) memasuki Sarawak melalui jalan tikus berjaya dipatahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen berkata, anggota Ronda Jarak Jauh (RJJ) ketika menjalankan rondaan telah terserempak dengan sekumpulan Pati berkenaan di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Stass, Bau kira-kira jam 8.15 malam.

“Hasil pemeriksaan, Pati yang terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan berumur lingkungan 23 hingga 44 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati ini adalah kali pertama kesemua Pati tersebut ingin masuk ke Malaysia bagi tujuan mendapatkan pekerjaan.

Katanya, tiada rampasan dibuat dan kesemua Pati tersebut telah dibuat pengusiran di kawasan sempadan Malaysia – Indonesia, Pos Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) pada jam 10.30 malam.

USIR…Tujuh Pati terdiri lima lelaki dan dua perempuan diusir pasukan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia – Indonesia di Pos Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) pada jam 10.30 malam.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News