HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Tujuh PPS dibuka, 393 mangsa terjejas banjir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Infografik perkembangan bencana banjir Sarawak
Infografik perkembangan bencana banjir Sarawak

KUCHING: Seramai 363 mangsa terjejas akibat bencana banjir di seluruh Sarawak direkodkan setakat jam 5 petang, hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak, dalam satu kenyataan mengesahkan jumlah kesemua mangsa merupakan individu yang telah dipindahkan ke tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang diaktifkan di lokasi terjejas banjir.

“Dua PPS di Bau iaitu balai raya Kampung Opar dan balai raya Kampung Jugan mencatat seramai 49 mangsa, diikuti satu PPS Dewan Kampung Bedaun mencatat 91 orang mangsa.

“Manakala tiga PPS telah dibuka di Daerah Samarahan iaitu di Dewan Suarah Kota Samarahan, SK Kampung Baru, dan Dewan Kampung Baru mencatat 182 mangsa secara keseluruhan diikuti satu PPS di Dewan Serbaguna Kampung Rimba Padi mencatat 48 mangsa,” kata kenyataan itu.

Sementara itu katanya, satu PPS di Sebuyau iaitu di Dewan Masyarakat Ladong telah ditutup.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru