ARTIKEL

Tujuh rumah panjang dikenakan PKPD, 10 kawasan ditamatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melarang pengembara dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan dari memasuki Sarawak.

JPBN dalam satu kenyataan berkata, ia bagi mencegah jangkitan Varian Baharu [Variant of Concern (VoC) oleh WHO].

“JPBN telah memutuskan untuk menyekat kemasukan pengembara dan mereka yang pernah berada di India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan dalam tempoh 30 hari ke Sarawak berkuat kuasa pada 26 Mei 2021,” katanya.

Dalam pada itu, JPBN mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh buah rumah panjang.

“Selain itu, 10 lokasi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat hari ini.

“Lima lagi kawasan dikenakan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD),” kata JPBN.

Dalam pada itu, Daerah Daro dan Asajaya telah bertukar ke status jingga setelah merekodkan masing-masing 25 dan 40 kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga meningkat kepada lima daerah.

“Daerah Beluru pula telah bertukar ke status jingga daripada merah setelah merekodkan sejumlah 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas pada hari ini,” jelasnya.

Menurutnya lagi, daerah Limbang telah bertukar ke status kuning setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning menurun kepada sembilan daerah.

“Manakala, hanya satu daerah berstatus hijau iaitu daerah Telang Usan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya