Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

MUKAH: Tujuh sekeluarga di Kampung Tellian Ulu, di sini tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran petang semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Rumah kayu milik Busang Belalan itu yang terletak sekitar 6 kilometer dari bandar Mukah gagal diselamatkan kerana api marak dengan pantas.

Menurut anak salah seorang penghuni, yang dikenali sebagai Sikek, kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang mengambil perahu.

“Ketika kejadian hanya ayah yang berada di dalam rumah, manakala yang lain berada di rumah jiran,” ujarnya.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Penyelamat Mukah menerima laporan kejadian pada jam 3.35 petang daripada orang awam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Jun 2021

Suara Sarawak