ARTIKEL

Tujuh teras strategik cepatkan pembangunan ekonomi di bawah Pelan Strategi Pembangunan 2030 pasca-Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggariskan tujuh teras strategik untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di bawah Pelan Strategi Pembangunan 2030 pasca-Covid-19.

Menurutnya teras pertama ialah mentransformasi Sarawak menjadi ekonomi yang kompetitif dengan meningkatkan tahap produktiviti, mengembangkan aktiviti hiliran bernilai lebih tinggi dan mewujudkan industri baharu melalui penglibatan sektor swasta yang aktif.

“Sebagai contoh, pertanian tepat untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti produk untuk pemprosesan makanan hiliran bernilai tinggi bagi penggunaan domestik dan pasaran eksport.

“Teras kedua ialah meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan untuk memudahkan pelaburan domestik (DDI) dan menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan pilihan pelabur asing (FDI) dengan mewujudkan “Sarawak Invest” sebagai agensi pelaburan sehenti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melanarkan Pelan Strategi Pembangunan 2030 pasca-Covid-19 sempena sambutan Hari Sarawak di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, teras keempat ialah memperuntukkan bidang yang memberikan kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang paling banyak.

“Sebagai contoh, pembinaan mesra alam (reka bentuk dan bahan) yang menjadi jalan masuk ke hab sosial dan ekonomi apabila akan merangsang aktiviti sosio-ekonomi dan meningkatkan taraf hidup masyarakat,” ujarnya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya