Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

TUKANG ALUMINIUM DAN KACA punca rezeki selepas bersara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BERANI pecah dominasi syarikat bukan bumiputera dalam perniagaan perkhidmatan aluminium dan kaca bekalkan modal pesara.

Teruna Merniadi, 54, mencebur diri dalam bidang tersebut selepas menamatkan perkhidmatannya dalam tentera sejak 15 tahun lalu. Ia dilalui dengan tabah sambil menyifatkannya sebagai asam garam perniagaan.

Katanya, jangan mudah berputus asa, selain sentiasa berusaha mempelbagaikan sumber pendapatan.

Berkongsi pengalaman, Teruna hanya berbekalkan modal dari pesaraannya.

Dia membuka syarikatnya sendiri — Teruna Aluminium & Glass Works yang beroperasi di Bandar Baru Samariang.

“Saya pesara tentera berkhidmat 21 tahun dan menamatkan perkhidmatan pada 2008.

“Saya mulakan perniagaan sektor perkhidmatan membekal, membuat serta memasang aluminium dan cermin untuk keperluan rumah pejabat dan bangunan.

“Berbekalkan modal pesara tentera, saya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan perlahan-lahan walaupun saya tahu risikonya agak tinggi,” katanya.

Pelbagaikan PERKHIDMATAN

Mengakui perniagaan yang diceburi dimonopoli kebanyakan syarikat bukan bumiputera pada ketika itu, namun Teruna tidak menoleh sebaliknya terus melangkah mencuba nasib.

BERANI MENCUBA

Dia percaya dengan rezeki yang ditentukan Allah, usaha giat dilakukan sehingga berjaya mengekalkan perniagaannya ke hari ini.

Baca lain  Kompang identiti seni Muzik Malaysia

“Kebanyakan perniagaan ini diusahakan oleh syarikat bukan bumiputera, lebih profesional dan dimonopoli terutama kaum Cina.

Adapun bumiputera, namun boleh dikira dengan jari.

“Dengan pengalaman yang ada, saya membuka syarikat ini walaupun pada awalnya risiko agak tinggi kerana terpaksa mencari pembekal cermin, aluminium dan aksesori yang dikawal oleh syarikat bukan bumiputera.

“Saya tidak berputus asa kerana bagi saya walaupun sukar perjalanan untuk mengharungi sesuatu, jika ada usaha dan doa insya-Allah kita dapat melakukannya,” ujar Teruna.

Teruna turut terkena tempias daripada kesan kenaikan harga barang, terutama mereka yang berada dalam sektor perkhidmatan.

Infl asi yang menyebabkan harga bahan mentah meningkat menyebabkan sumber pendapatan serta ekonomi syarikat berdepan masalah.

“Kenaikan harga barang sejak PKP lalu semenangnya naik 100 peratus terutama cermin dan aluminium.

Kesannya, kami terpaksa mengekalkan harga asal dan keuntungan terlampau sedikit.

“Jadi kami hanya mampu menampung bayaran gaji pekerja, caruman KWSP dan Perkeso.

Manakala keuntungan memang sukar kerana tidak mampu menampung kenaikan harga barang itu,” katanya.

Baca lain  Pokok bilak tumbuh meliar

PENGETAHUAN DAN MINAT

Bagi mengekalkan kestabilan perniagaan, usahawan perlu bijak mempelbagaikan perkhidmatan dalam bidang tertentu.

Justeru, dia membuat pelbagai perkhidmatan seperti membekal dan memasang tingkap, termasuk projek pembinaan yang dirangka oleh jabatan kerajaan seperti projek transfromasi luar bandar (RTP) di bawah Pejabat Residen.

“Selain membuat pintu tingkap cermin, saya juga membuat kabinet dapur dan keperluan rumah lain secara menyeluruh.

Dengan adanya lesen kontraktor, ia dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Reka bentuk cermin yang ditempah dibuat mengikut kehendak pelanggan serta memperkenal reka bentuk biasa,” katanya.

Bagi Teruna, kepuasan pelanggan menjadi keutamaan perkhidmatan mereka termasuk menerapkan aspek kualiti sebagai perkara yang paling penting.

Dalam menceburi bidang perniagaan, kata Teruna ada dua perkara perlu diambil kira sebelum mewujudkan perusahaan khususnya bagi pesara tentera.

“Sebagai pesara tentera, saya selalu memberi nasihat mengingatkan mereka terutamanya sahabat saya, apabila mereka mempunyai wang dan ingin memulakan perniagaan.

“Kita harus tahu apa-apa yang kita ingin lakukan dalam perniagaan dan kita harus minat dengan perkara tersebut.

Baca lain  Minggu Kraf London pamer kraf Sarawak di mata dunia

“Jika keduadua perkara itu tidak dilakukan, agak sukar kita memulakan perniagaan,” katanya.

Apa-apa yang kita ingin lakukan dalam perniagaan dan kita harus minat dengan perkara tersebut dua perkara itu tidak dilakukan, agak sukar kita memulakan perniagaan,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ayah pelindung keluarga

PERANAN institusi keluarga sangat besar terhadap anggotanya dalam menghadapi pelbagai

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru