HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Tukang besi dipenjara miliki parang dalam kereta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen oleh anggota polis di sini, hari ini.
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen oleh anggota polis di sini, hari ini.

KUCHING: Seorang tukang besi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki sebilah parang di dalam sebuah kereta tanpa maksud yang sah.

Tertuduh Wong Fook Chai,28, berasal Miri mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Maris Agan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki senjata terbabit di dalam sebuah kereta di hadapan rumah tidak bernombor, Kampung Tabuan Melayu, Jalan Setia Raja, kira-kira jam 8 malam, 5 Jun lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada 1 Jun lalu kira-kira jam 11.15 malam, pengadu (mangsa) merupakan pesara swasta menyedari pintu pagar rumahnya terbuka setelah baru balik dari luar.

Semasa pemeriksaan, pengadu mendapati tiga bilik dalam rumahnya dalam keadaan berselerak dan beberapa barang telah hilang.

Antara barang-barang yang hilang ialah dua buku bank, empat buku Amanah Saham Nasional (ASB), tiga keping kad ATM, sebuah komputer riba, sekeping pasport, serangkai kunci rumah, seutas gelang emas putih dan rantai leher emas putih, tiga set subang emas, lima utas jam tangan berjenama, sepasang kasut berjenama dan sebingkai cermin mata.

Anggaran kerugian yang dialami oleh mangsa wanita terbabit ialah RM15,800.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakkan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh yang sedang berada di dalam sebuah kereta di rumah tidak bernombor pada 5 Jun lepas.

Semasa tangkapan dilakukan, tertuduh bertindak melarikan diri dan aksi kejar mengejar berlaku serta pihak polis terpaksa melakukan kekerasan minima kerana tertuduh bertindak agresif.

Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan milik tertuduh menjumpai empat utas jam berjenama mewah, sebilah parang, sehelai jaket, seutas rantai emas dan sebentuk cincin berwarna emas.

Barang kes turut dirampas termasuk kenderaan tertuduh untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan, tertuduh didapati memiliki sebilah parang yang dijumpai di dalam kenderaannya.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7(1) AKBKLSB 1958.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Chuan Yii memohon agar Mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Sementara di Mahkamah Majistret, tertuduh turut dijatuhi hukuman denda RM6,000 atas tiga pertuduhan memiliki barang curi empat utas jam berjenama mewah, lima unit telefon pintar, seutas rantai emas, sebentuk cincin emas dan kad bank.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru