ARTIKEL

Tukang masak maut kemalangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang tukang masak maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar dari belakang oleh sebuah kereta Perodua Bezza di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Othman Abullah, 26, dari Lot 89, Taman Palma Indah, Batu 8 1/2 ,Jalan Matang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata kejadian berlaku lebih kurang jam 2.55 pagi apabila pemandu kereta, lelaki berusia 28 tahun yang datang dari arah Satok menuju ke bulatan Abang Kipali menukar lorong dari kanan ke tengah lalu terlanggar mangsa.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta cedera di tangan kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata setakat ini, kes masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU