Trending

TUKUN TIRUAN BANYAK IKAN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DALAM usaha meningkatkan ekonomi nelayan pantai, pihak Jabatan Perikanan Laut Sarawak melabuhkan tukun tiruan di beberapa kawasan di Sarawak.

Tukun tiruan merupakan binaan manusia atau bahan semula jadi seperti batu yang diletakkan di dasar laut untuk dijadikan habitat tiruan kepada pelbagai hidupan marin.

Terdapat pelbagai jenis tukun tiruan yang dilabuhkan di kawasan pesisiran laut Sarawak iaitu tukun tayar, vesel, bebola, kuboid, rekreasi, culvert-proka, dasar lembut, rigs to reef dan dasar lembut penghalang pukat tunda.

Tukun rigs to reef merupakan pelantar minyak terpakai dilupuskan dan dijadikan sebagai tukun tiruan dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan ia selamat untuk hidupan marin.

Setakat 2022, sebanyak lebih 201,000 jenis tukun tiruan dilabuhkan di seluruh Sarawak melibatkan daerah Sematan, Santubong, Kabong, Belawai, Mukah, Daro, Bintulu, Miri dan D Lawas.

Di Mukah sahaja, sebanyak 13,045 tukun tiruan seperti tayar, vesel, bebola, kuboid, rekreasi, rekreasi karang serta tukun tiruan penghalang pukat tunda dilabuhkan.

PENDAPATAN NELAYAN

Tukun ini mula dilabuhkan pada 1984 sehingga kini dan ia sememangnya memberi banyak manfaat kepada nelayan terutama dari segi hasil dan pendapatan mereka.

Baru-baru ini, saya membuat liputan melabuhkan tukun tiruan jenis penghalang pukat di pesisir laut Kuala Balingian.

Tukun tersebut dilabuhkan sejauh tujuh batu nautika dari kawasan kampung.

Perjalanan ke kawasan untuk melabuhkan tukun mengambil masa setengah jam.

Tukun tersebut dilabuhkan di kawasan tersebut adalah untuk memenuhi permintaan penduduk kampung yang melihat keberkesanan tukun meningkatkan pendapatan.

Ada beberapa penduduk kampung yang terdiri daripada nelayan mengatakan mereka sangat memerlukan tukun tiruan kerana ia banyak memberi manfaat kepada mereka.

Menurutnya, di Mukah setelah tukun tiruan dilabuhkan, nelayan tidak perlu ke kawasan lebih jauh mendapatkan hasil.

Jadi, dengan adanya tukun tiruan di kawasan mereka, diharapkan banyak ikan di kawasan berdekatan.

Bukan itu sahaja, disebabkan tukun menjadi habitat baharu kepada ikan dan hidupan lain, maka banyak jenis ikan yang dapat diperoleh dari kawasan tersebut.

Ia sekali gus meningkatkan hasil pendapatan nelayan di sesebuah kawasan tanpa perlu ke kawasan lebih jauh mendapatkan ikan.

Dengan adanya iniasitif melabuhkan tukun tiruan ini, diharapkan ekonomi dan pendapatan nelayan bertambah baik dengan menjual pelbagai jenis ikan kepada penduduk di kawasan sekitar.

KURANG RISIKO

Tidak dinafi kan, menjadi nelayan amat berisiko kerana kita tidak tahu keadaan yang munkin berlaku semasa berada di lautan.

Oleh itu, semasa taklimat bersama-sama nelayan di Kuala Balingian, mereka digalak menggunakan jaket keselamatan semasa mencari rezeki di laut.

Sekurang-kurangnya mereka masih mampu terapung dan mudah untuk dijejaki apabila hanyut ke kawasan lain sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Selain itu, mereka perlu mematuhi syarat keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Laut Sarawak termasuk bilangan nelayan di dalam sebuah bot termasuk barang yang digunakan untuk mendapatkan ikan seperti pukat.

Semua pekerjaan mempunyai risikonya yang tersendiri, namun kita perlu mematuhi panduan keselamatan yang ditetapkan walaupun kita tidak bekerja di lautan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru