Trending

Tumbuk mata dan cekik kakak, adik kandung dipenjara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Foto: BERNAMA

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kakak sulungnya.

Mohd Adam, 32, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mendatangkan cedera sakit terhadap kakak kandungnya berusia 39 tahun di kediaman mereka di Jalan Astana,Petra Jaya, kira-kira jam 2.45 petang, 24 Julai lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pada jam 2.45 petang, 24 Julai lalu, adik lelaki pengadu tiba-tiba menumbuknya di bahagian mata sebelah kiri dan mencekik leher tanpa alasan munasabah.

Bimbang akan keselamatan diri pengadu membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama.

Hasil siasatan mendapati pengadu mengalami kecederaan sakit di bahagian mata kiri dan luka di pergelangan tangan kiri akibat kejadian tersebut.

Selain itu, tertuduh juga mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan empat kes penyalahgunaan dadah, satu kes mencederakan orang dan memiliki senjata.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru