Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Tumbuk pemandu bas, dua beradik didenda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sikap baran dua beradik membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap Naufal, 26, dan Murni, 32, selepas mereka mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan mereka.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka secara bersama didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemandu bas berusia 64 tahun.

Manakala, pertuduhan kedua, mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, kerana melakukan khianat memecahkan cermin pintu bas milik mangsa hingga menyebabkan kerugian RM400.

Kedua-dua kesalahan dilakukan mereka di Jalan Demak Laut, sekitar jam 8.10 pagi, 27 Jun lalu.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang sedang memandu bas secara tidak sengaja melanggar sebuah motosikal sehingga menimbulkan tidak puas hati kepada penunggang dan penumpang motosikal terbabit.

Mereka kemudian bertindak memukul cermin pintu bas sehingga pecah serta masuk ke dalam bas lalu menumbuk muka mangsa.

Baca lain  Suspek dadah rupanya

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

4 JUN 2023

Berita Terbaru

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan