ARTIKEL

Pasukan bomba dari BBP Siburan membersihkan tumpahan minyak di Jalan Kuching-Serian.

Tumpahan minyak di Jalan Kuching-Serian, Satok berjaya dibersihkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pasukan bomba membantu membersihkan tumpahan minyak di atas jalan raya di Jalan Kuching-Serian dan Jalan Satok, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung tumpahan minyak di Jalan Kuching-Serian kira-kira jam 1.01 pagi.

Pasukan bomba dari BBP Padungan membersihkan tumpahan minyak di Jalan Satok.

Katanya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati tumpahan minyak dianggarkan lebih 40 meter.

“Tumpahan minyak tersebut turut mengakibat kemalangan beberapa buah kereta.

“Pasukan bomba lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) bertindak menabur pasir di kawasan sepanjang jalan untuk mengelak jalan raya licin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi ditamatkan pada jam 2.50 pagi setelah memastikan keadaan selamat.

Sementara di Jalan Satok, PGO berkata, sepasukan 11 anggota dari BBP digerakkan ke Jalan Satok setelah laporan diterima pada jam 12.57 tengah malam.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati tumpahan minyak dari jejambat Satok menuju ke Jalan Satok dianggarkan dua kilometer.

Baca lain  Bekerjasama majukan pendidikan

“Pasukan bomba bertindak menabur habuk kayu di sepanjang tumpahan tersebut.

“Operasi tamat pada jam 2.34 pagi setelah memastikan keadaan selamat,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU