Tumpuan kembalikan hak Sarawak

BETONG: GPS menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg khususnya dalam perjuangan mendapatkan kembali hak-hak Sarawak berteraskan seman-
gat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pengerusi Pemuda GPS Gerald Rentap Jabu berkata, Kerajaan Sarawak hari ini memberi tumpuan penuh dalam perkara tersebut.

“Kami (Pemuda GPS) memberi sokongan padu kepada kerajaan pimpinan Abang Johari yang mementingkan usaha mengambil balik hak-hak Sarawak yang terhakis.

“Dengan semangat MA63, saya yakin kepimpinan Abang Johari akan terus memastikan Sarawak terjaga dan erpelihara,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Jelasnya, ia demi memastikan semua rakyat menikmati kesinambungan perpaduan dan pembangunan.

Rentap yang juga Ketua Pergerakan Pemuda PBB dan Adun Layar menzahirkan ucapan tahniah kepada Abang Johari yang genap tiga tahun menjadi peneraju Sarawak yang unggul.

Katanya, beliau mempunyai visi jelas untuk membawa Sarawak ke tahap negeri maju menjelang 2030.

Beliau dalam pada itu turut menghargai pelbagai inisiatif Kerajaan Sarawak yang menguntungkan rakyat khususnya luar bandar.

Rentap menyeru rakyat di negeri ini untuk berdiri teguh di belakang Kerajaan GPS dan Abang Johari agar segala agenda yang dirancang tidak sia-sia.

Suara Sarawak