Tun Daim kagum pengurusan ekonomi Sarawak

KUCHING: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin (gambar) kagum dengan pembangunan ekonomi dan bandar raya Kuching.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas meng- hadiri pertemuan bersama komuniti Sikh dan perayaan Vaisakhi di Kuil Sikh, Jalab Masjid di sini semalam.

Kata Abang Johari, kunjungan hormat bekas Menteri Kewangan itu terhadapnya pada Khamis lalu tidak menyentuh sebarang isu politik.

“Beliau melahirkan rasa kagum dengan pembangunan ekonomi Sarawak.

“Beliau turut kagum dengan pembangunan di bandar raya Kuching,” katanya ringkas.

Pada Khamis, Abang Johari meneri- ma kunjungan hormat daripada Daim di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini.

Suara Sarawak