ARTIKEL

Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Tun Taib banyak berjasa, mengabdikan hidup untuk Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bukan sekadar Bapa Permodenan Sarawak, tetapi juga individu penting yang berjaya meningkatkan rizab simpanan negeri melebihi RM30 bilion.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Tun Taib telah berjaya melonjakkan rizab daripada hanya beberapa ratus juta ringgit kepada jumlah itu sepanjang menggalas tugas sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun.

“Mungkin ada pihak yang menyatakan Allahyarham memegang jawatan itu terlalu lama, tetapi sepanjang tempoh itu Tun Taib telah terlalu banyak menyumbang pertambahan pendapatan negeri ini.

“Allahyarham sangat berhemat dalam hal perbelanjaan bagi memastikan pembangunan Sarawak dapat diteruskan, dalam masa yang sama mengekalkan perpaduan rakyat dan mengukuhkan kestabilan politik seperti yang kita nikmati hari ini,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, sudah tentu sukar untuk kita mengukur sumbangan yang tidak ternilai
Yang di-Pertua Negeri ketujuh itu memandangkan Allahyarham telah mengabdikan hampir seluruh usianya untuk perkhidmatan awam negeri.

Allahyarham Tun Taib mencipta sejarah dalam politik apabila menjadi individu termuda yang dilantik dalam kabinet sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya pada tahun 1963 ketika berusia 27 tahun.

Pada 1968 hingga 1970, dilantik pula sebagai Penolong Menteri Persekutuan bagi portfolio Perdagangan dan Industri. Seterusnya pada 1970, dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan dan mewakili kawasan itu selama 38 tahun.

Allahyarham kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1970-1972) dan Menteri Sumber Semula Jadi (1972-1974).

Bermula pada tarikh 26 Mac 1981, Allahyarham mengambil alih pentadbiran Kerajaan Sarawak daripada Abdul Rahman sebagaii Ketua Menteri sehingga 28 Februari 2014.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokongg Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,