ARTIKEL

Ismail Sabri (kiri) dan Najib Razak (kanan)

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa kepada pembangunan berterusan.

Demikian kata bekas Perdana Menteri Malaysia Keenam, Datuk Seri Najib Razak sambil merakamkan ucapan takziah kepada bekas keluarga Tun Taib merangkap Ketua Menteri berkenaan.

“Sarawak kehilangan seorang tokoh politik dan pemimpin yang dihormati. Takziah kepada rakyat Sarawak dan ahli-ahli keluarga Allahyarham Tun.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya memetik hantaran Facebooknya hari ini.

Sementara menurut Bekas Perdana Menteri Malaysia Kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri berkata, sepanjang hayatnya, Tun Taib sentiasa memastikan hubungan antara Sarawa dan Kerajaan Persekutuan kekal utuh.

Tun Taib katanya, menjaga hubungan berkenaan demi kemakmuran negara agar terus berkekalan.

“Kita semua amat merasai kehilangan seorang tokoh yang tidak henti menabur bakti terhadap tanah tumpah darahnya.

“Salam takziah buat keluarga dan seluruh rakyat negeri Sarawak. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” katanya.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokongg Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,