ARTIKEL

Penganalisis Politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir

Tun Taib berjaya satu padukan suku kaum di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menjadi satu-satunya nama yang berada dalam fikiran dan hati rakyat Sarawak selama lebih 60 tahun.

Demikian jelas Penganalisis Politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir yang percaya rekod ini sukar dipecahkan oleh mana-mana pemimpin politik selepas ini. 

Katanya, Allahyarham Tun Taib berada dalam era politik dan Kabinet pertama Sarawak sejak 1963 dan di peringkat Persekutuan selama 13 tahun dan menjadi Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Dalam tempoh 60 tahun itu (pentadbiran Tun Taib), kita tak dapat bayangkan kesan daripada dasar pemikiran strategi politik beliau, khususnya untuk Sarawak di bawah gagasan politik pembangunan dan realiti baharu.

“Beliau memerintah berpaksikan kepada prinsip perubahan, peluang, mobiliti dan kesaksamaan,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak di Jakarta, di sini hari ini. 

Tambah Jeniri, Tun Taib bukan sahaja layak diangkat sebagai Bapa Pembangunan, tetapi Bapa Pemodenan Sarawak.

Jelasnya pengiktirafan ini berdasarkan keunikan, sumbangan, jasa dan penglibatannya dalam bidang politik melalui pelbagai platform, kementerian serta kedudukannya kepada bumi Kenyalang itu.

Bukan itu sahaja kata beliau, Tun Taib dilihat telah berjaya menyatupadukan sekitar 27 suku kaum yang ada di Sarawak. 

“Beliau juga telah mewujudkan Dewan Suarah, iaitu dewan yang menjadi tempat semua rakyat berhimpun sebagai aktiviti dan akhirnya dapat menyatupadukan mereka,” ujarnya.

Allahyarham Tun Taib dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi Rabu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

BERITA LAIN

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36