ARTIKEL

SIDANG MEDIA… Mancha menjawab soalan daripada pemberita

Tun Taib dalam keadaan baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berada dalam keadaan baik dan sedang menerima rawatan di kediamannya di Demak Jaya, di sini.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata sambil menambah, lapan laporan berhubung isu membabitkan Tun Taib diterima selepas beliau didakwa dibawa keluar dari Hospital Pakar Normah, Petra Jaya, malam Sabtu lalu.

“Tun kini berada di rumahnya sendiri di Demak Jaya tetapi kita tidak boleh memberikan butiran lanjut. Ini kerana kes masih dalam siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Op Selamat sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mancha enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung laporan itu daripada pihak mana susulan kes kini masih dalam siasatan.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang doktor swasta berhubung kejadian yang mendakwa Tun Taib dibawa keluar dari hospital, bertentangan daripada nasihat doktor.

Baca lain  Suntikan vaksin bermula hari ini

Polis turut mengesahkan menerima laporan kedua yang dibuat oleh ahli keluarga Tun Taib pada Ahad berdasarkan laporan pertama.

Manakala Isteri Tun Taib Mahmud, Toh Puan Raghad Kurdi Taib menepis dakwaan bahawa beliau membawa suaminya keluar dari hospital bertentangan dengan nasihat doktor.

Menerusi kemas kini di Instagram, Raghad sedia membuktikan maksud tindakan beliau berdasarkan nota tulisan tangan jururawat 

Sambil menunjukkan nota yang tulisannya tidak jelas, Raghad berkata, ia adalah bukti dakwaan yang dibuat ke atasnya tidak benar.

Sehubungan itu, pihak polis memaklumkan bahawa siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU