ARTIKEL

Dr Sim memuat naik gambar profil Facebooknya menggunakan gambar beliau bersama-sama dengan Tun Taib sebentar tadi.

Tun Taib pemimpin berkaliber, utamakan semua aspek termasuk kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan pemimpin yang mengutamakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat khususnya melibatkan penyakit jantung.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, Tun Taib juga merupakan tokoh penting yang bertanggungjawab dalam pemindahan perkhidmatan jantung dari Hospital Umum Sarawak (HUS) ke Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

Malah katanya, pusat berkenaan juga kini dikendalikan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2001 sejak Tun Taib mengambil alih jawatan pengerusi Yayasan Jantung Sarawak pada 2009.

“Beliau juga sentiasa memberi tumpuan kepada cara membantu pesakit yang memerlukan perkhidmatan jantung di Pusat Jantung Sarawak.

“Saya banyak belajar daripada perancangan strategi Tun semasa mesyuarat lembaga selama bertahun-tahun,” katanya memetik hantaran Facebooknya, hari ini.

Tambah Dr Sim lagi, Sarawak telah kehilangan seorang lagi pemimpin berkaliber dalam arena politik dengan pemergian Tun Taib, 87, yang menghembuskan nafas terakhirnya, pagi tadi.

Menurutnya, Tun Taib merupakan rakan politik mendiang bapanya; Ketua Kabinet, rakan keluarga dan Pengerusi Yayasan Jantung Sarawak.

Baca lain  Lima rumah Kampung Sungai Bedil hangus

“Selama 33 tahun Tun memegang jawatan Ketua Menteri bukan sahaja membawa kepada kestabilan politik selain Ming Court 1987, permulaan perkongsian politik yang sangat dipercayai dengan mendiang bapa termasuk keharmonian sosial dan agama di Sarawak,” katanya.

Pada masa sama, Dr Sim telah memuat naik gambar profil Facebooknya menggunakan gambar beliau bersama-sama Tun Taib sebentar tadi.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa