ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Tun Taib, pemimpin prihatin terhadap nasib rakyat – Nanta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud seorang pemimpin yang prihatin terhadap nasib rakyat.

Menurut beliau, ia merupakan sifat Allahyarham yang tidak diketahui ramai.

“Saya tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada Tun tetapi hati saya sangat tersentuh kerana pada tahun terakhir beliau menjadi Ketua Menteri, beliau bertanyakan kepada saya jika ada perkara-perkara yang boleh dibantu di Kapit.

“Tun Taib meluluskan permohonan saya pada masa itu bagi mendapatkan sebidang tanah untuk dibangunkan,” katanya pada Program Reaksi terbitan Bernama Radio, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Kapit terbabit, Tun Taib ialah seorang pemimpin yang pemurah dan prihatin terhadap nasib rakyat di sebalik ketegasan sebagai pemimpin.

“Tun Taib tidak lupa tentang mereka yang berada di sekelilingnya,” katanya merangkap Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

“Negara dan Sarawak khususnya telah kehilangan salah seorang tokoh yang cukup disegani dan dihormati yang telah banyak membantu dalam pembangunan negara dan Bumi Kenyalang.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Tun. Semoga keluarga Allahyarham diberikan kekuatan menghadapi kehilangan ini,” katanya.

BERITA LAIN

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang

PADU: Sarawak masih tunggu wakil Kementerian Ekonomi

KUCHING: Kerajaan Sarawak belum lagi menerima kunjungan daripada wakil Kementerian Ekonomi bagi memberi taklimat berkaitan isu keselamatan Pangkalan Data Utama (Padu). Premier Datuk Patinggi Tan

LAMPU RAYA SERIBU

Aswandi Mohammad sanggup belanja RM1,000 untuk menghiaskan halaman rumahnya dengan pelbagai warna-warni lampu neon. Beliau turut membuat pintu gerbang berbentuk kubah masjid dan perkataan Salam

BERITA TERBARU