ARTIKEL

Datuk Seri Tiong King Sing

Tun Taib tonjol Sarawak di peta dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kepimpinan bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, berjaya menonjolkan Sarawak di peta dunia, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurutnya, kepimpinan Allahyarham yang berwawasan membawa banyak pembangunan dan pertumbuhan kepada negeri kebanggaan ini.

“Justeru, Parti Demokratik Progresif (PDP), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan sememangnya seluruh Sarawak meratapi kehilangan tokoh pemimpin yang sangat berkaliber ini,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya kelmarin.

Menurutnya lagi, arwah, yang bermula secara sederhana sehingga mencapai kemuncak kepimpinan, tidak pernah terlepas pandang terhadap keperluan membantu dan membesarkan golongan termiskin dan kurang bernasib baik di Sarawak di semua pelosok terpencil, tidak kira latar belakang sesiapa.

Kerana itu, Sarawak benar-benar diiktiraf kerana kesederhanaan, keharmonian dan perpaduannya dalam pelbagai budaya dan sumber yang banyak.

“Bimbingan Allahyarham Tun Taib, yang memastikan perkongsian saksama dalam kalangan semua kumpulan etnik berbeza yang menggelar Sarawak sebagai asal usul dan tanah air mereka, turut dihargai.

Baca lain  Bantuan PRIHATIN kerajaan beri manfaat kepada rakyat - ADUN Tellian

“Hasilnya, perpaduan dapat diamalkan di negeri ini walaupun hidup dalam masyarakat yang pelbagai,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Taib yang meninggal dunia pada usia 87 tahun.

Katanya, Tun Taib wajar dianggap sebagai bapa Pemodenan Sarawak yang King Sing anggap sebagai tonggak kepimpinan selama beberapa dekad yang telah memberikan tunjuk ajar dan mempamerkan kebijaksanaan dalam pengurusan negeri tercinta sehingga pemergiannya.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa