ARTIKEL

KUNJUNGAN HORMAT….Tun Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada Jeneral Tan Sri Datuk Seri Malek Razak Sulaiman, hari ini. (FOTO: UKAS)

Tun Wan Junaidi tekankan keselamatan sempadan Sarawak-Kalimantan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menekankan keperluan memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia, termasuk menangani lebih 80 laluan tidak sah yang berpotensi digunakan untuk kegiatan rentas sempadan.

Beliau turut menyarankan agar keselamatan perairan Sarawak, khususnya di Bintulu, diberikan perhatian termasuk mempertimbangkan cadangan mewujudkan pangkalan tentera laut berdasarkan kepentingan strategik kawasan berkenaan.

Perkara itu dibincangkan ketika Tun Wan Junaidi menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Malek Razak Sulaiman di Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut merupakan sesi perkenalan rasmi pertama Jeneral Tan Sri Datuk Seri Malek Razak Sulaiman selepas dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-24 berkuat kuasa 1 Februari 2026.

TERIMA KASIH…Tun Wan Junaidi menerima cenderamata daripada Jeneral Tan Sri Datuk Seri Malek Razak Sulaiman (kiri) dalam kunjungan hormat tersebut. (FOTO: UKAS)

Sehubungan itu, dalam pertemuan hampir satu jam itu, kedua-dua pihak turut membincangkan kerjasama serantau dalam menangani isu jerebu rentas sempadan, selain keperluan meningkatkan kesiapsiagaan, perkongsian maklumat dan penyelarasan antara agensi berkaitan.

Dalam pada itu, Tun Wan Junaidi menekankan kepentingan meningkatkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di samping memperkukuh penguasaan teknologi dan inovasi pertahanan bagi meningkatkan keupayaan negara serta mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran luar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU