ARTIKEL

Tuna Vietnam dieksport ke 80 pasaran dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA HO CHI MINH, Vietnam: Eksport produk akuatik Vietnam mencatatkan pertumbuhan positif dalam suku pertama tahun ini dan membawa harapan baharu kepada keseluruhan industri makanan laut, termasuk produk tuna diproses, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Menurut Persatuan Pengeluar dan Pengeksport Makanan Laut Vietnam (VASEP), eksport tuna dalam tin dalam tempoh rujukan meningkat sebanyak 53 peratus tahun ke tahun, dengan nilai lebih AS$196 juta (RM921 juta), satu peningkatan sebanyak 21 peratus tahun ke tahun.

Pakar pasaran tuna VASEP, Nguyen Ha, berkata pada tahun ini, pengeksport tuna Vietnam meluaskan pasaran eksport sejak awal tahun lagi.

Dalam suku pertama tahun ini, produk tuna dihantar kepada lebih 80 pasaran berbanding 70 pasaran dalam tempoh sama tahun lepas.

Eksport tuna ke Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merosot tetapi pasaran lain menyaksikan pertumbuhan tinggi, terutamanya di negara-negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang menyaksikan eksport tuna terus meningkat.

Penghantaran ke Kanada dan Chile masing-masing meningkat sebanyak 146 peratus dan 116 peratus.

Baca lain  Pilihan Raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup

Perangkaan daripada Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) menunjukkan Vietnam ialah pembekal ketiga terbesar tuna kepada Kanada pada 2023 selepas Thailand dan Itali.

Pada tahun lepas, import tuna Kanada daripada pembekal utama merosot dengan ketara kerana beberapa tahun ini pengguna di Kanada mengurangkan pengambilan makanan akuatik, termasuk tuna.

Mereka bertukar kepada sumber protein yang lebih murah.

Bagaimanapun, eksport tuna Vietnam ke Kanada dijangka pulih kerana permintaan pengguna produk akuatik di negara-negara Amerika Utara diramal meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut wakil VASEP itu.

Di Eropah, Portugal ialah pengimport keenam terbesar tuna Vietnam dalam kalangan anggota EU dengan perolehan importnya mencecah lebih AS$220,000 (RM1.034 juta) dalam suku pertama tahun ini, dua kali ganda daripada tempoh sama tahun lepas.

Walaupun perangkaan itu sederhana, ia memberi isyarat bagi masa depan yang cerah buat eksport tuna Vietnam ke pasaran tersebut. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual