ARTIKEL

Tunggu Sarawak umum berita baik untuk bantu perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal mengumumkan berita baik untuk entiti perniagaan dan usahawan tidak lama lagi, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, inisiatif pengambilalihan entiti yang merupakan langkah strategik pihaknya dalam tahun ini adalah bagi membantu perniagaan dan perusahaan di negeri ini.

“Tetapi, saya tidak boleh mengumumkannya hari ini. Namun ia adalah penting kerana kita mesti mempunyai entiti strategik untuk terus bergerak ke hadapan.

“Sebelum ini, Sarawak memohon lesen perbankan digital tetapi tidak berjaya. Mungkin ada hikmah disebalik perkara tersebut kerana kita sudah mempunyai Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).

“Dan kita bersama-sama lihat apa yang akan berlaku di Sarawak dalam tempoh sebulan dua dari sekarang,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Amanat YAB Premier Sarawak 2024 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu perkara baik itu mungkin diumumkan dalam masa terdekat.

“Sarawak telah mengumumkan akan mengambil alih Pelabuhan Bintulu pada Jun dan mengambil alih MASwings.

“Jadi, ada satu lagi. Saya telah memberi petunjuk bahawa terdapat tiga perkara yang kita akan mengambil alih pada 2024.

“Oleh itu tunggu sahaja hujung bulan ini,” katanya sambil menambah dengan tiga perkara itu, Sarawak akan mempunyai keseluruhan sistem ekonomi.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan