ARTIKEL

Tunisia catat paras pengunaan tenaga tertinggi berikutan gelombang haba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TUNIS: Tunisia merekodkan penggunaan tenaga pada tahap kemuncak pada Selasa berikutan penggunaan pendingin hawa berlebihan di negara ini, di tengah-tengah cuaca panas luar biasa selama beberapa hari, lapor Sputnik.

Rekod tertinggi ketiga penggunaan tenaga direkodkan di Tunisia pada 1148 GMT Khamis, kepada 4,825 megawatt, lapor Agensi Berita TAP, memetik wakil Syarikat Elektrik dan Gas Tunisia.

Puncak tertinggi penggunaan tenaga sebelum ini direkodkan pada 10 Julai, berjumlah 4,693 megawatt.

Disebabkan peningkatan penggunaan tenaga, Syarikat Elektrik dan Gas Tunisia terpaksa melaksanakan pemotongan bekalan secara berkala di beberapa wilayah bagi mengurangkan beban rangkaian dan mengelakkan gangguan bekalan, kata wakil firma itu.

Pakar meteorologi berkata gelombang haba yang melanda Tunisia dan negara lain di rantau ini selama seminggu berpunca daripada antisiklon Afrika, yang digelar Charon.

Suhu siang hari di Tunisia mungkin mencecah setinggi 46 darjah Celsius dan di sebalah malam suhu turun kepada 25 darjah Celsius. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik