ARTIKEL

Tuntutan KELUARGA, MASA dan KERJA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KELUARGA, kerja dan masa.

Semakin usia seseorang meningkat, perkara tersebut menjadi tumpuan dalam menjalani kehidupan.

Kepada individu yang mampu membahagikan masa dengan tiga perkara tersebut, tahniah kerana anda menjalani kehidupan seimbang.

Tidak dinafikan, penyesuaian diri terhadap tuntutan keluarga, masa dan kerja ketika ini menjadi semakin rumit ekoran peredaran zaman yang berlalu pantas.

Sekali gus, ini memaksa setiap daripada orang dewasa perlu membahagikan masa sebaik-baiknya.

Demi mencari keharmonian dalam aspek kehidupan yang dilihat sangat penting untuk kesihatan mental, di samping menjaga fizikal masing-masing.

Keseimbangan dalam pengurusan ketiga-tiga perkara tersebut perlu ditekankan.

Justeru, penulis cuba ketengahkan kepentingan menjaga hubungan antara keluarga, pada masa sama menguruskan masa serta mengimbangi komitmen dalam bekerja.

Keluarga merupakan asas kepada kehidupan kita.

Gembira, sedih, susah dan senang, seseorang tetap kembali kepada keluarga masing-masing.

Dalam pelukan orang tersayang, kita peroleh ketenangan, sokongan dan kasih sayang tanpa syarat.

KESEJAHTERAAN

Keluarga menyediakan persekitaran selesa yang diperlukan untuk pertumbuhan peribadi dan kesejahteraan emosi.

Menghabiskan masa berkualiti bersama-sama ahli keluarga membantu mengeratkan ikatan, mencipta kenangan yang berkekalan dan menerapkan nilai yang membentuk watak kita.

Secara jujur, penulis sendiri masih bergelut dengan pengurusan masa berkaitan kerja dan keluarga kerana ada masanya kita tertekan dengan perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.

Baca lain  Kek lapis Sarawak pilihan hidangan Aidilfitri

Bagaimanapun, apabila kita memandangnya dari perspektif yang lebih positif, cabaran dilalui merupakan warna dalam kehidupan untuk memberi corak kepada kain putih kehidupan seseorang.

Secara mudahnya, semua cabaran tersebut merupakan pengalaman untuk mengajar kita menempuh kehidupan mendatang.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan bercuti meluangkan masa bersamasama keluarga. Setelah sekian lama tidak bersua muka, akhirnya dapat berkumpul menguatkan lagi silaturahim antara saudara.

Percutian yang mengambil masa hampir dua minggu itu memberi kesedaran pentingnya masa untuk bersama-sama dengan keluarga tercinta.

Gembiranya apabila dikelilingi orang tersayang tanpa memikirkan hal kerja yang merunsingkan minda.

Dalam tempoh yang sama, terdetik juga dalam diri rasa rindu untuk berada bersama-sama rakan sekerja menjalankan tugas.

Pasti semua mengimpikan percutian panjang sambil wang tetap disalurkan ke dalam akaun untuk perbelanjaan.

Realitinya, melaksanakan kerja, bertemu kawan dan rasa tertekan dalam menjalankan tugas tetap dirindui.

Oleh itu, apabila kehidupan dilihat dari pelbagai sudut, penting untuk mewujudkan keseimbangan menjadikan seseorang lebih bermotivasi dan ceria.

Manakala, pengurusan waktu bekerja pula penting supaya tugas yang dibuat dapat dilaksanakan dengan berkualiti dan bukannya sambil lewa.

Baca lain  PECAH REKOD 100 juta pengguna daftar THREADS dalam lima hari

PERIBADI

Secara logiknya, pekerjaan merupakan komponen penting dalam kehidupan seseorang, menjadi hala tuju, sekali gus merangsang pertumbuhan peribadi dan yang paling penting, demi kestabilan kewangan.

Hasil yang diperoleh dari titik peluh itulah digunakan untuk menyara kehidupan, memenuhi keperluan hidup dan berbelanja bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan.

Sudah tentu, melibatkan diri dalam pekerjaan yang bermakna menyumbang kepada keseluruhan kesejahteraan dan harga diri kita.

Bagaimanapun, mencapai keseimbangan yang betul antara kerja dan keluarga memerlukan perancangan yang sangat penting.

Tuntutan kerja kadangkala boleh membayangi aspek kehidupan yang lain, menyebabkan ketidakseimbangan yang menjejaskan kehidupan peribadi dan keluarga.

Untuk itu, seseorang perlu bijak menguruskan diri, keluarga dan kerja.

Masa amat berharga dan tidak dapat dijual beli, mahupun diputarkan semula ke belakang.

Oleh itu, setiap individu perlu menggunakan dan menguruskan masa dengan sebaik mungkin.

Jika perlu, buat perancangan sebelum melakukan sesuatu supaya lebih terurus.

Kita tahu, masa merupakan sumber yang tidak ternilai yang memerlukan pengurusan yang teliti. Ia tidak menunggu sesiapa dan tidak boleh ditawan semula apabila hilang.

Memperuntukkan masa dengan berkesan membolehkan individu mencapai keseimbangan antara komitmen peribadi, profesional dan kekeluargaan.

Masa yang diluangkan bersama-sama orang tersayang mewujudkan rasa kekitaan, mengukuhkan hubungan dan menggalakkan hubungan emosi.

Baca lain  Ayam Goreng pesta Daro

Penting kita mengutamakan masa keluarga dalam kesibukan, kerana detik ini menjadi kenangan terindah yang mengikat generasi.

Mencapai keseimbangan yang harmoni dalam aspek kekeluargaan, masa dan kerja agak mencabar untuk masyarakat yang hidup dalam dunia serba pantas hari ini.

Jadual kerja yang padat, gangguan teknologi dan tekanan masyarakat sering menghalang keupayaan untuk mencari keseimbangan.

CABARAN

Bagaimanapun, kesedaran dan strategi pengurusan masa yang berkesan boleh mengurangkan cabaran ini.

Pertama, beri keutamaan kepada perkara yang penting.

Mengenal pasti aspek kehidupan yang paling penting seperti keluarga dan kesejahteraan peribadi membolehkan individu memperuntukkan masa dan tenaga sewajarnya.

Menetapkan sempadan yang jelas antara kerja dengan kehidupan peribadi, termasuk masa keluarga yang ditetapkan.

Ia bagi memastikan masa berkualiti dapat diberikan kepada orang tersayang.

Selain, teknik pengurusan masa yang berkesan boleh mengoptimumkan produktiviti dan membolehkan penglibatan yang lebih bermakna dengan keluarga.

Tetapi, tidak juga seharusnya melepaskan tanggungjawab serta komitmen kerja.

Mencapai keseimbangan yang harmoni antara keluarga, masa dan kerja memerlukan usaha yang berterusan.

Kepentingan keluarga, ditambah pula dengan sifat masa yang terhad dan tuntutan kerja semuanya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. 

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,