Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Tuntutan palsu: Dua pegawai polis, pengurus syarikat direman

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman. Foto: sumber SPRM
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman.
Foto: sumber SPRM

KUCHING: Dua pegawai polis berpangkat Deputi Superitendan Polis (DSP) dan inspektor direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret untuk siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM19,980.

Majistret Siti Farah Ibrahim membenarkan kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula 18 Januari ini.

Kedua-dua mereka yang berusia 49 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuching sekitar jam 3.15 petang, pada 16 Januari lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan sumber SPRM, pada tahun 2019 mereka yang bertugas di IPD Julau disyaki bersubahat dengan seorang ahli perniagaan (suspek pertama) bagi mengemukakan dan menggunakan dokumen invois serta pesanan kerajaan yang mengandungi butiran tuntutan palsu berjumlah RM19,980.

Tuntutan tersebut bertujuan untuk baki kerja-kerja perkhidmatan dan pembaikan bangunan IPD Julau, namun kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Kedua-dua suspek tidak diwakili peguam.

Sementara itu, suspek pertama yang merupakan pengurus perniagaan berusia 39 tahun diperintahkan reman selama dua hari di Mahkamah Majistret Sibu hari ini berhubung kes yang sama.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Flavian Edward Henry.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News