ARTIKEL

Turki temui 135 bilion kubik meter padu gas asli di Laut Hitam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ANKARA: Turki menemui 135 bilion kubik meter padu gas asli di selatan Laut Hitam, kata Presiden, Recep Tayyip Erdogan, semalam.

Penemuan baharu di lapangan Amasra-1 akan meningkatkan lagi jumlah potensi di wilayah berkenaan kepada 540 bilion kubik meter, kata Erdogan ketika bercakap pada upacara pembukaan di wilayah Laut Hitam Zonguldak.

Tahun lalu, Turki mengumumkan menemui 405 bilion kubik meter padu simpanan gas asli di wilayah Laut Hitam Sakarya, kira-kira 100 batu nautika di utara pantai Turki, lapor agensi berita Xinhua.

Jika gas terbabit dapat diekstrak secara komersial, penemuan itu dapat membantu Turki mengurangkan kebergantungan negara berkenaan terhadap import sumber tenaga dari negara seperti Russia, Iran dan Azerbaijan.

Ketika ini, Ankara bergantung penuh dengan Russia untuk sumber tenaganya dan ia berhasrat untuk mempelbagaikan bekalannya.

Erdogan sebelum ini mengarahkan kerja penerokaan semula sumber tenaga kontroversi di luar pantai selatan Turki berhampiran Pulau Greece yang menjadi pertikaian di perairan timur Mediterranean.

Isu berkenaan mencetuskan pertelingkahan antara Ankara dan Athens, Cyprus dan Kesatuan Eropah (EU) dan memburukkan lagi ketegangan dengan Perancis yang bertindak meningkatkan kehadiran tentera mereka di rantau terbabit. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian