Trending

Turkish Airlines tingkatkan hubungan dengan Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ISTANBUL: Syarikat penerbangan nasional Turkiye, Turkish Airlines mahu meningkatkkan hubungannya dengan Malaysia dan Indonesia, memandangkan minat yang semakin melonjak dalam kalangan pelancong Malaysia serta Indonesia untuk melawat Turkiye, kata Pengerusi Ahmet Bolat.

Sekarang, penerbangan antara kedua-dua negara dan Turkiye beroperasi pada kapasiti penuh, sambil menambah bahawa syarikat penerbangan itu kini melakukan perjalanan Kuala Lumpur dan Istanbul setiap hari.

“Hubungan kami dengan keduadua negara masih terhad, dan buat masa ini, penerbangan dari keduadua destinasi adalah penuh.

“Jika kekerapan penerbangan dapat ditingkatkan, kami akan berkembang di Malaysia dan Indonesia,” katanya pada taklimat media mengenai pelan pengukuhan syarikat penerbangan itu semalam.

Taklimat media itu diadakan di luar mesyuarat agung tahunan ke-79 Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa dan Sidang Kemuncak Pengangkutan Udara Dunia dari 4 hingga 6 Jun.

“Kami mempunyai kerjasama perkongsian kod dengan Malindo. Sekarang kami sedang berunding dengan Malaysia Airlines tetapi saya lebih berminat dengan pemindahan terus,” kata Ahmet. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru