ARTIKEL

Turkiye bawa keluar hampir 2,000 orang dari Sudan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ANKARA: Turkiye memindahkan sejumlah 1,834 orang, 249 daripadanya rakyat 19 negara berbeza dari Sudan yang dilanda konflik, kata Menteri Luar Turkiye pada Jumaat.

“Kami sedang berhubung dengan setiap rakyat kami yang ingin kembali,” lapor Agensi Anadolu memetik Mevlut Cavusoglu.

Menurut sumber diplomatik Turkiye, Cavusoglu juga menghubungi komander pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan, Mohammed Hamdan Dagalu, dan membincangkan pemindahan warga Turkiye.

Pada Khamis, Turkiye mengerahkan lima pesawat pengangkut tentera, termasuk dua pesawat A400M, untuk memindahkan baki warganya dari Sudan.

Terdahulu pada Jumaat, Kementerian Pertahanan Turkiye mengumumkan pesawat C-130 yang dalam penerbangan ke Pangkalan Udara Wadi Seidna untuk pemindahan terkena tembakan daripada senjata ringan.

Berkenaan usaha untuk menamatkan konflik di Sudan, Cavusoglu berkata, Timbalan Menteri, Burak Akcapar ke Sudan minggu depan sebagai pengantara.

Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada tengah malam Selasa adalah percubaan terbaharu untuk menghentikan pertempuran di Sudan yang pertama kali meletus pada 15 April. – BERNAMA

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,