ARTIKEL

Turkiye kenakan denda AS$160,000 ke atas Meta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Pihak Berkuasa Persaingan Turkiye memutuskan untuk mengenakan denda harian melebihi AS$160,000 ke atas Meta kerana gagal mematuhi kewajipan pertukaran data, lapor Sputnik pada Rabu.


Pihak berkuasa mengeluarkan injunksi interim yang memerintahkan Meta berhenti menggunakan data pengguna WhatsApp dalam perkhidmatan Meta lain di Turkiye dan untuk memaklumkan kepada semua pengguna tentang perkara itu.


Selain itu, pihak berkuasa meminta syarikat itu untuk mencadangkan penyelesaian baharu bagi menangani kebimbangan mereka menjelang 11 Dis 2023 tetapi tiada sebarang penyelesaian diberikan sehingga kini.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

BERITA TERBARU