SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Turun dengan misi sukar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
KEDAH turun dengan misi sukar untuk mengutip tiga mata ber- temu Sri Pahang FC.

KEDAH Darul Aman (KDA) FC turun dengan misi sukar untuk mengutip tiga mata bertemu Sri Pahang FC pada aksi keenam Liga Super 2023 di Stadium Darul Makmur pada malam Sabtu. Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, persiapan rapi dilakukan bagi memberikan saingan sengit kepada kualiti barisan pemain Tok Gajah yang dilihat semakin baik pada musim ini selepas belum tewas dalam lima perlawanan liga super.

“Kita ke sana memanglah matlamat nak menang di tempat lawan untuk dapatkan tiga mata tapi kita tahu bukan tugas yang senang. Untuk jadi pasukan yang kuat dan bagus, kita kena lalui (perlawanan sukar). “Pahang sekarang tidak pernah kalah lagi di peringkat liga musim ini dan rekodnya mencatatkan keputusan seri dengan pasukan yang berada di kelompok atas seperti Selangor dan Sabah,” katanya mengulas aksi bertemu skuad kendalian Fandi Ahmad itu di Kuantan pada malam Sabtu.

Jelas Nafuzi, kesilapan mudah yang dilakukan sebelum ini perlu dielakkan oleh Sang Kenari semasa bertemu pasukan tuan rumah jika mahu keluar sebagai pemenang pada perlawanan tersebut. Walau bagaimanapun keserasian pemain KDA FC dilihat semakin baik selepas mengharungi lima perlawanan liga dan beliau mahu pasukan terus fokus dengan falsafah permainan yang diterapkan.

Baca lain  Heng menang

“Kalau kita fokus dengan cara kita. Saya rasa dengan sesiapa saja pun kita boleh bersaing. Jadi kita kena cuba elakkan kesilapan mudah (seperti yang dilakukan sebelum ini),” ujar beliau lagi. Tambahnya, KDA FC yang kini berada di tangga ketiga liga super selepas lima perlawanan dilihat berada di landasan tepat dan semua pemain perlu memastikan momentum pasukan sentiasa berada pada tahap baik.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Kemenangan ke-13 JDT

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih apabila melakarkan

Perasmian menakjubkan

KEMBOJA mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan pericikan bunga api

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru