Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Turun mengundi, dapatkan diskaun 30 peratus di SugarBun terpilih

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Dr Yii, Chong, dan Chin ketika mempromosikan tawaran diskaun SugarBun, sekali gus menggalakkan orang ramai turun mengundi pada 19 November
Dr Yii, Chong, dan Chin ketika mempromosikan tawaran diskaun SugarBun, sekali gus menggalakkan orang ramai turun mengundi pada 19 November

KUCHING: Orang ramai yang hadir ke francais SugarBun di Batu 4, Jalan Penrissen dan Aeon Shopping Mall, Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce boleh menikmati diskaun 30 peratus pada 19 November, sempena hari mengundi kelak.

Program diskaun tersebut adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen teruja apabila pemegang francais dua cawangan SugarBun, Bernard Chin, menghubunginya untuk menawarkan diskaun kepada pelanggan.

“Kami sangat gembira apabila pemilik cawangan ini tampil memulakan program bagi menggalakkan pengundi keluar mengundi.

“Di bawah program ini, kedainya akan menawarkan diskaun 30 peratus untuk semua yang mereka pesan pada hari pengundian.

“Syaratnya, pengundi perlu menunjukkan jari mereka dengan dakwat kekal pada hari tersebut. Kemudian, mereka dapat menikmati diskaun tersebut, sementara stok masih ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama-sama wartawan di Sugarbun Batu 4, di sini, hari ini.

Chong, yang juga penyandang Stampin turut meluahkan harapan agar lebih ramai pemilik perniagaan dapat mencontohi jejak Chin untuk tampil dengan inisiatif sedemikian sebagai usaha menggalakkan lebih ramai orang turun mengundi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan