NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Turun mengundi, tentukan masa depan negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Abdul Jalil Bujang.
Abdul Jalil Bujang.

MUKAH: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Mukah Abdul Jalil Bujang menggesa semua pengundi untuk tidak mengambil mudah tanggungjawab mengundi

Menurutnya, rakyat khususnya golongan muda yang merupakan pemimpin masa depan negara harus turun mengundi pada 19 November ini.

“Kepada anak-anak muda, ambil kesempatan ini untuk memilih pemimpin yang akan membawa perubahan.

“Kalau dalam masa tempoh lima tahun di bawah pemerintahan PH kelak tidak memuaskan, kita boleh tukar lagi,” katanya ketika ditemui pemberita berkempen di sekitar Mukah.

Jelasnya pilihan raya adalah waktu rakyat menggunakan kuasa memilih pemerintah terbaik.

“Untuk generasi muda mereka haruslah berani menerima cabaran, undilah untuk menentukan masa depan negara.

“Saya juga yakin hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu membawa Malaysia ke hadapan sebagai Perdana Menteri Malaysia jika PH menang nanti,”jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru