ARTIKEL

TVET BUKAN PILIHAN TERAKHIR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENGIMBAU zaman di bangku sekolah menengah pada belasan tahun dahulu, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi pilihan terakhir bagi para pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran.

Hal ini kerana, persepsi yang memandang rendah institusi TVET pada ketika itu.

Sebaliknya ibu bapa ghairah mahu anak mereka mengikuti pengajian akademik di universiti.

Ramai yang masih tidak menyedari bidang TVET menyediakan peluang pekerjaan luas dengan gaji agak lumayan.

Mungkin 20 tahun lalu, TVET dianggap sebagai kelas kedua berbanding aliran akademik dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kini, TVET diangkat darjatnya menjadi aliran alternatif untuk melangkah maju.

Malah, TVET menjadi penggerak utama kepada kemajuan negara seperti Jerman, England, Jepun dan Korea.

KESEDARAN

Justeru, usaha Kerajaan Sarawak untuk menjadikan TVET dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai pilihan utama dalam kalangan anak muda adalah langkah yang tepat.

Masa depan Sarawak juga bergantung dengan keupayaan rakyatnya untuk menerima dan memanfaatkan kekuatan bidang STEM dan TVET.

Oleh itu, masyarakat perlu mengubah persepsi dan meningkatkan kesedaran berkaitan manfaat dan kepentingan bidang kemahiran.

Jika diteliti, pelbagai peluang kerjaya dan kisah kejayaan diperoleh dalam bidang ini.

Di samping itu, pendidikan STEM dan TVET juga dapat meningkatkan kualiti pemikiran masyarakat dari segi pengetahuan, kemahiran dan minda yang diperlukan untuk kemajuan teknologi serta industri.

Ia juga bagi menghadapi cabaran global seperti Revolusi Industri 4.0 dan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI).

Selain itu, golongan pelajar perlu menganggap cabaran itu sebagai satu peluang dalam usaha mengejar impian, meneroka potensi dan menjadi ejen perubahan masyarakat.

Pendekatan ini mendedahkan para pelajar kepada kemahiran praktikal dan industri sejajar dengan permintaan pasaran.

Melaluinya, pelajar dapat mempelajari bidang seperti pendawaian, kimpalan, melukis pelan, kejuruteraan, juruteknik, teknologi maklumat dan seni bina.

Dengan adanya kemahiran sedemikian, pelajar mampu menjalankan perniagaan sendiri suatu hari nanti atau pengasas pekerjaan.

Sementara itu, Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) juga menggariskan beberapa aspirasi untuk memartabatkan generasi muda dalam bidang pendidikan TVET.

PERMINTAAN PASARAN

Antaranya, memperluas akses pendidikan berkualiti, meningkatkan kesedaran kepentingan TVET, membina jalinan kerjasama dan mewujudkan ekosistem inovatif.

Menariknya, Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai tujuh institusi TVET serta memperkenal pembelajaran teknologi seperti kenderaan elektrik (EV) dan robotik.

Usaha ini membuktikan Sarawak menjadikan TVET sebagai pilihan utama anak muda untuk melanjutkan pelajaran.

Sementara Ahli Lembaga Pengarah GiatMara Rismahaslily Idris berkata, anak-anak TVET terutamanya pelajar GiatMara Sarawak ini ‘bukan biasa’ kerana mereka menguasai kemahiran di peringkat dunia.

“Komitmen GiatMara dan pihak Industri adalah untuk terus melatih anak bangsa agar kita mencapai apa-apa yang dihasratkan oleh kerajaan dengan peningkatan pengeluaran tenaga mahir.

“Kursus jangka pendek seperti ini sejajar dengan slogan GiatMara Kemahiran Menjamin kehidupan,” katanya.

Buktinya, lepasan GiatMara Saratok, Mimi Faizura Shamsudin mewakili negara dalam bidang fesyen dan memenangi Medallion For Excellent di WorldSkills Sao Paulo Brazil pada 2015.

Begitu juga dengan Hanafi Osman dari GiatMara Saratok turut mewakili Malaysia ke Kazan Rusia dalam bidang fesyen dan memenangi Medallion For Excellent.

Beliau dinobatkan sebagai pemenang untuk anugerah Best Of Nation pada 2019.

GiatMara Sarawak juga melahirkan usahawan hebat.

Sebagai contoh, Normawati Mohamad Hamden, lepasan GiatMara Stampin.

Beliau merupakan usahawan produk mi kolok segera dengan jenama ZUEMA — menembusi pasaran negara.

Seorang lagi usahawan berjaya Mohd Faizul Nizan Let lepasan GiatMara Mukah merupakan pemilik syarikat HM Enterprise yang terlibat dalam bidang pembinaan dan pembekalan.

Selain memperoleh pendapatan jutaan ringgit, beliau sentiasa memilih lepasan pelatih untuk menjadi pekerja.

BERITA LAIN

Seimbangkan HIDUP, KERJAYA

KEBELAKANGAN ini, terdapat banyak penekanan berkaitan kepentingan mencapai keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan. Ia merupakan isu hangat disebabkan peredaran masa yang banyak mengubah cara kita

Sampah plastik cacatkan pemandangan

SEDIKIT-SEDIKIT, lama-lama menjadi bukit. Jika dari segi kewangan ataupun perkara yang kita usahakan, ia membawa kepada kebaikan dan manfaat pada kemudian hari. Namun, pernahkah kita

Pengurusan stres

STRES dalam bekerja boleh dilihat dari dua perspektif iaitu stres produktif dan stres yang merugikan. Stres produktif merangkumi aspek positif dan membina daya tahan diri

Mudahkan urusan waris

SETELAH Akaun Fleksibel diper-kenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima lebih dua juta permohonan pemindahan amaun permulaan dari

Setiap anak BAWA REZEKI

ANTARA kenikmatan terbesar bagi pasangan suami isteri ialah dikurniakan anak. Melalui kelahiran cahaya mata, ia menambah erat kasih sayang dalam keluarga. Setiap anak yang dilahirkan

Jepun

Gaya pemakanan masyarakat Jepun

MASYARAKAT Jepun dikatakan mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia. Mengikut data pada 2014, purata umur bagi lelaki ialah 80.50 tahun, manakala bagi perempuan

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP