Trending

TVET sedia peluang KERJA gaji lumayan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Ramai yang masih tidak menyedari bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyediakan peluang pekerjaan yang luas dengan gaji agak lumayan.

Persepsi negatif ibu bapa memandang rendah akan faedah ditawarkan institusi TVET, sebaliknya ghairah mahu anak mereka memohon mengikuti pengajian akademik di universiti.

Apa itu TVET? TVET merupakan proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.

Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang tertentu. 

Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri. 

PELUANG KEDUA

Bagi yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam akademik, jangan putus asa kerana bidang TVET juga mampu menawarkan kursus yang mampu melahirkan pelatih mengikut keperluan permintaan pekerja.

Peluang pekerjaan yang menanti bukan sahaja tinggi, malah gaji yang ditawarkan lumayan kerana tenaga kerja berasaskan kemahiran amat diperlukan negara yang sarat dengan pembangunan.

Kerajaan juga sentiasa komited memastikan setiap masyarakat mendapat pendidikan terbaik dengan meneroka kemahiran dan didekatkan dengan komuniti menerusi TVET. 

Menurut Pengerusi GiatMara Malaysia, Datuk Dr. Haji Din Adam, seramai 2,973 pelatih berjaya menerima Sijil Profesional GiatMara di negeri ini pada 2019 hingga 2021.

Malah, Sarawak kini mempunyai 31 cawangan GiatMara di setiap Parlimen memberi impak apabila seramai 23,561 pelatih berjaya menamatkan latihan di negeri ini.

Pihak Mara melalui GiatMara khasnya menyediakan pelbagai peluang latihan kemahiran untuk semua rakyat terutama generasi muda. 

Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pelbagai rancangan pembangunan lain berupaya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. 

Menariknya, Mara juga menyediakan pinjaman untuk bakal usahawan atau melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu.

Dalam bidang kerjaya katanya, GiatMara boleh berbangga kerana ada dalam kalangan pelajar berjaya menjadi usahawan dan pekerja berpendapatan tinggi dalam masa 10 tahun selepas menamatkan pengajian.

UBAH CARA FIKIR

Justeru, kita perlu mengubah perspektif dan pemahaman berkaitan bidang kemahiran yang dianggap sebagai kelas kedua.

Para pelatih juga diberi keutamaan menceburi pelbagai bidang keusahawanan dengan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan. 

Bahkan, ujarnya sokongan kerajaan kepada GiatMara ialah latihan secara percuma, penyediaan tenaga pengajar yang mahir dan kompeten dan elaun latihan RM200 sebulan.

Selain itu, kemudahan bahan latihan disediakan, kemudahan infrastruktur sentiasa dipertingkat, kemudahan alatan dan mesin sentiasa diberi perhatian agar selari dengan keperluan dan teknologi semasa.

Sesuai dengan slogannya, Kemahiran Menjamin Kehidupan, lebih banyak peluang dan peningkatan pendapatan kepada belia terutama di kawasan luar bandar.

“Kita menawarkan program latihan kemahiran yang kebolehgajian dan kebolehpasaran dalam lebih 71 kursus dan program di Sarawak,” kata beliau. 

Di samping itu, beliau menyeru agar pihak industri dan masyarakat Malaysia, terutama di Sarawak terus menjadi rakan strategik memantapkan program GiatMara. 

“Kami sedia meremajakan program sesuai dengan kehendak industri dan keperluan semasa,” ujarnya. 

Kebanyakan graduan yang mengikuti kursus TVET juga berjaya menempatkan diri dalam bidang pekerjaan dengan peningkatan sebanyak 90.4 peratus.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Tak viral tak selesai

INFRASTUKTUR seperi air bersih, elektrik, kesihatan, jalan raya dan harga

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru