ARTIKEL

TVS menang 13 anugerah dalam KJA 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: TVS merangkul 10 anugerah kategori umum anugerah penyiaran televisyen dan video serta tiga anugerah kategori umum portal berita dan cetakan pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2023 Edisi ke-35 malam kelmarin.

Kecemerlangan TVS bermula selepas menang kategori anugerah Laporan Kelestarian serta anugerah Laporan Ekonomi dan Perniagaan selepas menyapu bersih hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga.

Tempat pertama Odleen Catherny Morfor dan Awang Azmil Awang Ahmad, diikuti tempat kedua Steward Raymond Dawi, manakala tempat ketiga Priscilla John Pillai dan Mohd Faitullah Morni.

Bagi anugerah Laporan Ekonomi dan Perniagaan, tempat pertama dirangkul oleh Muhammad Hafeezzur Rahman Muzamir dan Awang Azmil Awang Ahmad.

Tempat kedua Connie Grace Ujan, dan tempat ketiga Liew Yu Phin dan Ahmad Nasrullah Syurie.

TVS turut berjaya meraih tempat pertama ialah Nurul Nur Akmal Mohamad Salleh dan Za’im Zharfan Zanawi. Tempat pertama bagi anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti dimenangi Febbright Ansie James @ Tuba dan Abdul Aziz Soleh.

Anugerah Ekonomi Digital bagi tempat kedua diperoleh Febright Ansie James @ Tuba, diikuti tempat ketiga oleh Muhammad Hafeezzur Rahman Muzamir.

Bagi kategori Umum Portal Berita dan Cetakan, Farah Diyana Samsuddin berjaya memperoleh tempat kedua untuk anugerah Laporan Kelestarian Bahasa Melayu.

Madeline Dugat memperoleh tempat ketiga untuk anugerah Kewartawanan (Rencana dan Penulisan Berita) Bahasa Iban.
Bagi anugerah Berita Sukan Bahasa Melayu, tempat ketiga diperoleh Muhammad Hafeezzur Rahman Muzamir.

Anugerah Tokoh Media Sarawak 2023 dianugerahkan kepada Naib Pengerusi International Times Lee Fook Onn yang merupakan wartawan veteran berpengalaman selama 54 tahun dalam bidang kewartawanan dan berkecimpung dalam industri media selama lebih setengah abad.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU