ARTIKEL

TVS sasar jalinkan kerjasama dengan TV nasional, antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: TVS menyasar untuk menjalinkan kerjasama dengan stesen televisyen (TV) nasional dan antarabangsa menjelang tahun hadapan.

Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kushairi Abang berkata, mereka ketika ini sedang mengambil langkah untuk menjalinkan kerjasama dengan TV Al Hijrah dan Astro.

Bagi kerjasama antarabangsa katanya, TVS juga sudah menyerahkan memorandum persefahaman (MoU) kepada Radio Televisyen Brunei (RTB) iaitu stesen penyiaran kerajaan Brunei dan keputusan kerjasama dijangka diketahui sekitar Februari nanti.

“Kita juga sedang bergerak untuk menjalinkan kerjasama dengan Indonesia dan negara lain, kerana kita mahu membawa kandungan keluar supaya masyarakat dunia tahu tentang Sarawak.

“Selain itu, kita bukan hanya menyasarkan tontonan daripada masyarakat tempatan Sarawak, tetapi juga berusaha untuk mendapatkan penonton di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran logo baharu TVS bersama-sama dengan Pengerusi Datuk Norhyati Mohd Ismail, di TVS, di sini, hari ini.

Sementara, beliau memberitahu selain memberi tumpuan kepada pasaran global, TVS juga akan meningkatkan kandungan dalaman dan mengadakan jerayawara di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU