ARTIKEL

Foto: Websiite rasmi TYT Sarawak

TYT adakan Rumah Terbuka pada 1 Syawal di Astana Negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 1 Syawal di Dewan Besar Astana, dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Menurut Astana Negeri dalam kenyataan, Yang di-Pertua Negeri dan Toh Puan akan menerima kunjungan menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta orang kenamaan lain, ketua-ketua jabatan kerajaan, sektor swasta dan orang ramai.

Justeru, katanya orang ramai yang ingin mengunjungi rumah terbuka tersebut diingatkan agar berpakaian kemas dan sopan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU