ARTIKEL

Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Seri Fauziah Mohd Sanusi bersama Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang bersama menteri-menteri di Makan Malam Hawana di Kuching semalam.

TYT hadir makan malam Persidangan Media Sarawak 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir majlis makan malam sempena Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 di Colloseum, Hotel Pullman di sini, pada Ahad (26 Mei).

Wan Junaidi hadir kira-kira jam 8.15 malam beserta isteri Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi sekali gus memeriahkan majlis makan malam terbabit yang dipenuhi kira-kira 1,000 pengamal media, jabatan dan agensi berkaitan.

MESRA… Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Seri Fauziah Mohd Sanusi menyantuni wartawan-wartawan di Makan Malam Hawana di Kuching semalam.

Ketibaan TYT diiringi dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Seri Datuk Amar Juma’ani serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Program dihiasi dengan pelbagai acara termasuk sketsa, tarian serta nyanyian daripada artis dan penyanyi tempatan seperti Amir Jahari, Datuk Francisca Peter.

Persembahan disambung dengan aksi memukau daripada penari cilik, Dion Dan Louis yang memperagakan tarian berkisarkan dua elemen burung megah Borneo iaitu ruai dan kenyalang.

BERITA LAIN

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup